Dear My Heart

          Sekian lama aku menunggu si dia , tetapi aku rasa semua nya sia sia aku menunggu dia dalam hidup aku . Kadang kadang dia wujud kadangkala tidak , siapa dia untuk aku ? dia untuk aku ? dia bukan jodoh ku ? Kenapa sudah sekian lama aku tidak dapat untuk lupakan dia dalam hidup aku ini ? aku nak sangat lupakan dia dalam hidup aku sebab aku dah tak larat cintakan dia yang tak pernah ada untuk aku . Seolah dia datang sewaktu dia bosan dan pergi bila seronok .

          Adakah aku bodoh kerana masih berharap pada dia sedangkan aku tahu dia datang dan pergi begitu saja . Adakah aku bodoh kerana menunggu dia yang kadang datang kadang pergi . Adakah aku bodoh jika masih menerima dia jika dia kembali dalam hidup aku . Tidakkah dia nampak betapa besar nya cinta aku pada dia selama ini , biar jahat banyak sekali mana pun dia lukakan hati aku , aku masih maafkan dia dan masih menerima dia dalam hidup aku berjuta kali selama ini . Dalam hidup aku penuh dengan tanda tanya semua nya tentang dia .

          Aku tak tahu dengan apa lagi untuk aku lupakan dia , sungguh aku tak mampu untuk lupakan dia . Aku sudah cuba sedaya upaya tapi tak juga mampu lupakan . Aku masih lagi terbayang bayang segala kenangan indah bersama dia . Adakah dia masih ingat segalanya ? pasti tidak kan ?